CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 25, 2009

CuB@ @ND@ FIKIRK@N

Salam Sejahtera
Aku ( Domir Pinjaman bukan merujuk kepada mana-mana individu )cukup menyampah dengan orang yang cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, cakap-cakap tapi tak bikin-bikin dan bikin-bikin tapi tak cakap-cakap.

Salam Sejahtera
Allah SWT telah memberi jaminan kebaikkan kepada orang-orang yang melakukan kebaikan seperti mana Firman Nya yang bermaksud

"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah Yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua Yang menolong dan memelihara orang-orang Yang berbuat kebaikan" ( Al-A'raf 196 )

Tuesday, November 24, 2009

Doa Nurrun Nubuwwah 1

Salam Sejahtera

Bermula doa ini dari Malaikat Jibril yang menghantarkan kepada Nabi Muhamad
s.a.w. Pada suatu hari ketika beliau bersama dengan sahabat sehabis solat subuh di Masjidil
Haram, datanglah Jibril menghadap beliau sambil berkata "Wahai Rasulullah, kami ini diutus oleh
Allah untuk menyampaikan doa "NUURUN NUBUWWAH" kepadamu. Doa itu pun diterima beliau.
Oleh beliau kemudian diajarkan kepada sahabat-sahabatnya dan akhirnya doa itu diwariskan
kepada ummatnya sampai sekarang mengingat betapa besar khasiat yang terkandung di dalamnya.

Ya Allah Dzat Yang memiliki kekuasaan yang Agung, Yang memiliki anugrah yang terdahulu,
Yang memiliki wajah yang Mulia, Yang menguasai kalimat-kalimat yang sempurna dan doa-doa
yang mustajab, penanggung Al-Hasan dan Al-Husain dari jiwa-jiwa yang hak, pandangan
kekuasaan dan orang-orang yang melihat dan dari pandangan jin, manusia dan setan.

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan
pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Qur'an dan mereka berkata "Sesungguhnya
ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila". Dan Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan
bagi seluruh umat. Dan wahai Yang memperkenankan melalui Al-Qur'an yang agung. Dan
Sulaiman a.s mewarisi Daud a.s. Allah Dzat Yang Maha Pengasih, Yang memiliki Arasy yang
mulia.
Panjangkanlah usiaku, sehatkanlah tubuhku, tunaikanlah keperluanku, jadikanlah aku orang
yang disukai seluruh manusia dan jauhkanlah diriku dari segala permusuhan anak Adam yang
masih hidup. Dan pastilah ketetapan (azab) terhadap orang-orang kafir. Sesunguhnya Engkau
Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dan semoga keselamatan bagi para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semua alam.

K@jil@H W@H@i S@uD@R@ KU!!!

Salam Sejahtera
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim].
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi].
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].
Ibn Kathir berkata, "Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi" [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim].
ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Dajjal 3



Salam Sejahtera


Artikel sebelum ini ialah Bukti 1 : Dajjal Adalah Manusia dan Bukti 2 : Dajjal Adalah Manusia
Pendapat yang mengatakan Dajjal adalah bangsa dan sebuah konsep semakin kabur malah langsung tidak dapat diperbuat rangkaian antara satu hadith dengan ayat-ayat Al-Quran.
Berbeza dengan pandangan yang mengatakan Dajjal adalah manusia, ianya terang dan jelas malah meliputi semua rangkaian hadith dan isi Al-Quran. Dajjal adalah manusia merupakan pernyataan yang jelas dan tidak menyeleweng kerana pembuktian sering kali berlaku pada setiap kali munculnya krisis-krisis global.
Ilmu Nahu membuktikan Dajjal adalah Manusia
Kajian masyhur Muhammad Isa Dawud di dalam buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda” telah memberikan hujah yang mematikan semua pandangan-pandangan Dajjal bukan manusia.Hujah ini adalah berdasarkan dalil pada surah Al-‘Araf (ayat 14-15), yang berbunyi;
Ayat 14: “Iblis berkata; berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka dibangkitkan, ”
Ayat 15: Allah berfirman “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”
(sumber: Al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia terbitan Darul Fikir Sdn. Bhd., Kuala Lumpur)
Ayat di atas adalah permohonan Iblis kepada Allah SWT selepas dia dilaknat kerana tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s. Perbuataan Iblis ini juga telah mendorong Allah untuk melemparkannya ke atas bumi dan mengubah pendirian hatinya dari seorang yang paling mulia dikalangan malaikat kepada makhluk yang paling terkutuk dikalangan makhluk-makhluk Allah.
Persoalannya, apakah bukti yang ada pada ayat di atas kerana ia langsung tidak menyebut nama Dajjal. Buktinya hanya dapat dilihat jika kita menggunakan alat bahasa Nahu dan Sorof. Pada ayat tersebut Muhammad Isa Dawud membuktikan bahawa kata Al-Munzhirun adalah jamak (plural) untuk lebih dari dua yakni untuk tiga orang dan lebih.
Apabila kalimah “al-munzharin” merujuk kepada lebih tiga orang maka di dunia ini ada lagi lebih tiga orang yang ditangguhkan kematiannya iaitu Iblis Laknatullah, Nabi Isa a.s, Dajjal Laknatullah, Nabi Khidir a.s. dan lain-lain yang menjadi rahsia Allah.
(Sesetengah pendapat mengatakan Nabi Khidir a.s. telah meninggal dunia dan yang mengajar Nabi Musa adalah rohnya)
Sekiranya pembacaan kita pada ayat-ayat berikut dalam surah Al-Araf tidak menitik beratkan hal ehwal ilmu Nahu dan Sorof maka kita hanya akan mendapati ia sekadar penceritaan tentang keengkaran Iblis terhadap Allah.
Jika seseorang itu tidak pun mahir ilmu Nahu, maka dari segi tatabahasa Bahasa Melayu sendiri pun sudah cukup jelas membuktikan bahawa ayat ke-15 merujuk lebih dari seorang yang ditangguhkan kematiannya sebelum disertakan dengan Iblis. Lihatlah kalimah;
” …..dari golongan yang diberi tempoh”
Perkataan “dari golongan” (minal-munzharin) bukan berdiri untuk satu orang tetapi lebih dari dua orang.Dengan terjumpanya bukti-bukti sebegini sebagai menyokong dalil bahawa Dajjal itu manusia, maka benarlah firman Allah di dalam Surah As-Shaad (ayat 29) iaitu;
“Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya dapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”
Begitu juga di dalam surah Muhammad (ayat 24), Allah berfirman;
“Maka, apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?”
Al-Quran sentiasa tepat ayat-ayatnya jadi ia bukanlah sekadar ayat-ayat penyokong fakta untuk sesuatu hujah, ianya lebih moden dan lebih futuristik dalam mengendalikan sesuatu permasalahan yang tidak dapat dijangkau oleh akal.
Apakah itu ilmu Nahu dan Sorof
Bahasa syurga ini adalah bahasa yang unik dan hanya boleh difahamkan kejelasannya dengan dua alat ilmu iaitu Nahu (grammar) dan Sorof (inflection). Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain dalam memperuntukan makna ke atas sesuatu kalimah.
Tidak semua orang mahir ilmu Nahu dan Sorof malah ilmu ini adalah antara madah (subjek) killer dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah menengah, diploma hatta jika belajar di Timur Tengah sekali pun. Maka tidak hairanlah masih ramai pelajar Al-Azhar kurang mahir berbahasa Arab walaupun 10 tahun di sana.
Kehebatan Ilmu Nahu dalam pemecah rahsia akhir zaman
Ilmu Nahu dan Sorof mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membongkar rahsia-rahsia Al-Quran dan persoalan akhir zaman.
Seorang ulama terkenal dalam bab Nahu iaitu Imam Al-Sonhaji telah menulis satu kitab yang menerangkan segala macam ilmu berkaitan nahu dari A hinggalah Z. Setelah selesai menulis kitabnya, beliau cuba menguji sama ada kitabnya itu bermanfaat atau tidak kepada umat Islam.
Sambil melemparkan kitabnya itu di dalam sungai, beliau berdoa kepada Allah jika kitabnya itu mengalir bersama air sungai maka ia tidaklah membawa manfaat tetapi jika ia (kitab) tetap bertahan tanpa mengikut arus sungai dan timbul maka ia sangat bermanfaat untuk masyarakat.
Tiba masanya ia melempar kitabnya itu di dalam sungai, maka didapatinya kitab tersebut timbul, tidak bergerak dan terus bertahan tanpa mengikut arus sungai. Amat berbesarlah hati Imam Al-Sonhaji melihat keajaiban itu maka dinamakan kitab nahu itu dengan Matan Al-Jurumiyah.
Pembelajaran Nahu masa kini
Kitab ini tidak dipelajari oleh sesiapa yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi (SPM), Al-Quran Sunnah (SPM), Syariah Islamiyah (SPM), Bahasa Arab Komunikasi (PMR), Usuluddin (STPM) atau Syariah (STPM). Sekiranya guru bahasa arab itu mahir dan berasal dari sekolah pondok kemungkinan barulah akan ada kelas tambahan menerangkan tentang kitab Matan Al-Jurumiyah.
Kitab ini hanya dipelajari secara konsisten oleh pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah-sekolah pondok sahaja. Kebiasaan di sekolah-sekolah pondok tuan guru akan meminta si murid menghafal keseluruhan kitab sama ada secara berlagu atau apa-apa sahaja walaupun tidak mengetahui maksudnya.
Selepas menghafal keseluruhannya, barulah tuan guru akan menghuraikan satu persatu setiap kalimah yang dihafal untuk di i’rabkannya. Itulah kelebihan belajar di sekolah pondok, walaupun usang dari segi kemudahan tetapi ilmunya adalah pemecah rahsia akhir zaman.
Untuk mengetahui sama ada seseorang ustaz yang mengajar di masjid itu mahir ilmu nahu atau tidak adalah mudah. Biasanya guru-guru agama itu hanya akan mengajar kitab-kitab tulisan jawi seperti Pelita Penuntut, Mastika Hadith atau Tafsir Juz Amma. Ramai pendengar kuliah tidak tahu ada dua jenis tulisan di dalam kitab-kitab yang dipelajari di masjid iaitu kitab jawi dan kitab arab.
Sesetengah guru agama cuba mengelak untuk menggunakan kitab arab dan meminta sendiri kitab-kitab yang akan diajar kepada pengerusi masjid. Antara kitab yang paling popular dan mudah adalah mastika hadith, hadith 40 dan Juz Amma kerana kitab-kitab ini mudah diajar dan memberi banyak ruang untuk penceramah berceloteh.
Nahu berbeza dengan bahasa arab yang dipelajari pada Kelas Aliran Agama (KAA) yang terdapat sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Tidak semestinya orang yang lancar bercakap arab mahir di dalam ilmu nahu. Ia seperti mana juga tidak semua orang Melayu yang bercakap Melayu mahir tatabahasa Melayu.
Wallahu’alam …
P/S : hujah di atas hanya sekadar perbincangan berbentuk tafsir zahiriah pada terjemahan ayat-ayat Al-Quran, ia tidak bersifat ilmiah kerana membahas ayat Al-Quran haruslah disertai pandangan kitab-kitab tafsir yang muktabar.
(Ibnuyaacob.com)

Dajjal 2


Salam Sejahtera


Sebelum ini saya telah membentangkan hujah pada bahagian 1 tentang mengapa tanggapan (Hipotesis) bahawa Dajjal sebagai suatu ‘konsep’ tidak boleh diterima. Kali ini saya akan membentangkan hujah ke-2 berkenaan Mengapa kita perlu percaya bahawa Dajjal itu manusia.
Saya juga meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Dajjal itu manusia bukan sahaja atas faktor hadith, tetapi melalui pembuktian perkembangan yang berlaku dalam sejarah dunia khususnya benua Eropah. Perkembangan yang berlaku ini sejak ratusan tahun dahulu didapati selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu juga.
Berikut adalah sebab kedua mengapa saya katakan Dajjal itu manusia:
Penubuhan Illuminati pada 1774 di Perancis
Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi (Paderi Yahudi)
Pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam Protokol Pemimpin Zionis
Bukti 1 : Penubuhan Illuminati pada 1774 di Perancis
Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt merupakan seorang Profesor Undang-Undang di universiti Ingoldstald, Perancis. Sepanjang penubuhan Illuminati ini, Weishaupt telah menghasilkan suatu kertas kerja pada 1 Mei 1776 yang merangkumi perancangan-perancangan Illuminati untuk menguasai dunia bermula dengan negara-negara Eropah.
Perancangan tersebut ditulis dengan mengandaikan bahawa Yahudi dapat menguasai dunia dalam tempoh kurang dari 300 tahun. Kertas kerja perancangan ini telah diedarkan oleh untuk semua ahli-ahli Illuminati di seluruh Eropah. Namun demikian, pembawa buku rahsia Illuminati ini telah mati dipanah kilat pada 1784 semasa membawanya di Perancis.
Pihak berkuasa Perancis telah mengkaji dokumen rahsia ini dan mengedarkannya ke seluruh Perancis dan beberapa negara Eropah sebagai tanda amaran akan bahayanya pertubuhan Illuminati. Dokumen tersebut dikeluarkan semula dengan tajuk “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.
Pada 1789, salah seorang pemimpin Freemason iaitu Robinson yang kurang sefahaman dengan Weishaupt telah menerbitkan suatu buku bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions”. Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberi amaran kepada golongan Diraja Perancis tentang perancangan Weishaupt untuk mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun yang sama iaitu 1789.
Dimana kaitannya penubuhan Illuminati dan kewujudan Dajjal?
Hujah yang akan saya kemukakan untuk mengukuhkan pendapat bahawa Dajjal itu adalah manusia ialah dengan membawa pembaca merujuk kepada dokumen rahsia Illuminati yang bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions” dan “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”. Kedua-dua dokumen ini adalah pendedahan dari Robinson dan Polis Perancis pada 1780-an.
Persoalannya, dokumen tersebut mengandungi perancangan rahsia yang menyebut tempoh 300 tahun. Dalam pemikiran logik kita sebagai manusia biasa, mampukah kita merancang sesuatu perkara dengan mengambil tempoh yang begitu panjang ?
Di dalam dokumen tersebut menyebut bagaimana melaksanakan revolusi-revolusi di seluruh Eropah. Kemudian dokumen itu juga menyebut bagaimana menjatuhkan pemerintahan beraja negara-negara Eropah. Dalam erti kata lain, untuk menulis dokumen yang menceritakan perancangan seluruh Eropah, ia memerlukan seseorang yang pernah menjelajah ke seluruh dunia dan memahami segala bentuk kekuatan dan kelemahan kerajaan-kerajaan Eropah.
Persoalannya, benarkah dokumen tersebut dari idea asal Weishaupt, sedangkan ia sibuk bekerja sebagai Profesor Undang-Undang di Ingoldstadlt? Selain itu dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan pembinaan Kuil Syaitan (Synagogue of Satan) di Gereja Katholik. Di manakah masa yang ia gunakan untuk mengkaji seluruh pentabdiran di semua negara-negara Eropah.?
Tidak lain tidak bukan, ianya adalah perancangan DAJJAL.
Bukti 2 : Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi Yahudi.
Suatu yang agak aneh dan tidak terdapat pada mana-mana pertubuhan di dunia ini untuk membuat perjumpaan ialah ia mengambil tempoh yang begitu lama. Perjumpaan ini ialah perjumpaan 100 tahun sekali yang dihadiri oleh para Rabbi Yahudi yang menyokong Zionis dan idea One World Goverment yang diperkenalkan oleh Illuminati.
Perjumpaan 100 tahun sekali ini merupakan suatu perjumpaan rahsia, yang mana ia secara tidak sengaja didedahkan oleh Rabbi Reichhorn semasa berucap pada majlis pengkebumian Rabbi Semeon Bin Yehuda. Ucapan ini dilakukan pada 1869.
Dalam ucapan tersebut, Reichhorn menyatakan dengan jelas iaitu:
“Pada setiap 100 tahun kami Pendeta-Pendeta Israel, pada kebiasaannya akan berjumpa di Sanhedrin untuk meneliti kemajuan kita ke arah penguasaan dunia seperti yang telah dijanjikan oleh Jehovah, dan penaklukan kita ke atas musuh kita iaitu Kristian.”
Ucapan Reichhorn telah didedahkan oleh sebuah penerbitan Rusia bernama La Vieilla France pada 21 Oktober 1920 (no. 195).
Dimana kaitannya ucapan Rabbi Reichorn dengan kewujudan Dajjal?
Kaitannya boleh dilihat pada tempoh perjumpaan yang ditetapkan dan pada beberapa prkataan yang terkandung dalam ucapan beliau. Tempoh 100 tahun adalah terlalu lama, sekiranya seseorang itu menghadiri perjumpaan pada hari ini, kemungkinan besar dia tidak mungkin lagi dapat menghadiri perjumpaan seterusnya. Ini kerana tempoh perumpan seterusnya adalah 100 tahun lagi.
Apakah rasionalnya perjumpaan itu ditetapkan tempoh selang masa 100 tahun. Seperti yang diketahui, 100 tahun bersamaan 1 abad. Setiap perjumpaan akan disertakan suatu laporan tentang perkembangan 100 tahun lepas. Mampukah kita membaca, menilai dan meneliti perkembangan 10 tahun lepas untuk dibuat perbincangan?
Dajjal tahu dia mampu hidup lama, malah dia tahu dia adalah manusia akhir zaman. Jadi apalah gunanya tergesa-gesa menetapkan sesebuah mesyuarat 10 tahun sekali atau 2 tahun sekali. Penetapan tarikh mesyuarat 100 tahun sekali sememangnya adalah untuk kemudahan Dajjal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas perkembangan manusia.
Bukti 3 : Pernyataan jelas kewujudan Dajjal dalam Protokol-Protokol Rahsia Zionis
Bukti ketiga adalah bukti paling kukuh untuk menyokong hadith-hadith nabi, bukti pertama dan kedua yang telah dinyatakan sebelum ini. Para pemimpin Zionis telah mengeluaran kenyatan yang mengaku bahawa mereka sedang melakukan persiapan untuk menanti ketibaan Raja Yahudi mereka.
Para pemimpin Zionis tahu bahawa Raja mereka wujud dan akan muncul. Cara mereka (zionist) bekerja juga telah dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka menantikan seseorang yang hebat yang bakal memerintah dunia kelak.
Pernyataan ini jelas apabila kita merujuk pada
Protokol No. 15 iaitu :
“Bila Raja Israel meletakkan di kepalanya yang suci, mahkota yang diberikan kepadanya oleh Eropah, beliau akan menjadi penjaga dunia. Mangsa-mangsa yang diperlukan olehnya mengikut kesesuaian mereka…”
Protokol No. 17 iaitu :
“….Melalui penyamaran ini, kita akan menyusup masuk ke dalam institusi Pope ini, dan memastikan bahawa kita tidak akan meninggalkannya sehinggalah kita telah menghancurkan seluruh kekuatan yang tinggal di dalam institusi ini. Raja orang Yahudilah akan menjadi Pope Sejagat yang sebenarnya, ketua bagi sebuah Gereja Antarabangsa.”
Kesimpulan
Maka benarlah apa yang dikatakan Rasulullah SAW dalam hadithnya iaitu:
“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud, kitab Taqrijul Misykat)


(Ibnuyaacob.com)

Dajjal 1


Salam Sejahtera


Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah.
Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.
Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.
Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah
Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.
Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.
Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.
Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem
Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.
Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1
(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah.
Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”
Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”
“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“Celaka kamu, apakah kamu ini?”
Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”
Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”
Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”
Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”
“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”
(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”
Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”
“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”
“Ya…”
Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”
“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,
“Apakah tasik itu masih berair?”
(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian)
Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh.
Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?
“Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”
Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?
Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.
Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?
Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara.
Pertama : Hadith-hadith Rasulullah
Kedua : Sejarah dunia.
Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.


(Ibnuyaacob.com)

Imam Mahdi 4

Salam Sejahtera
13. Apa yang telah disampaikan, sekadar pandangan penulis. Akhir kalam, sama-samalah kita kuatkan fizikal dan kerohanian khususnya para pemuda-pemudi Islam. Kuatkan “Islam,Iman,Ihsan” dihati sanubari bagi mendapatkan taqwa kpd Allah. Dapatkan Mursyid yang arif untuk membimbing diri.
14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman
15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi
16. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Wallah a’lam
(Penulis Fattah al-Jawi)

Imam Mahdi 3

Salam Sejahtera
11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan: a.
1)Korea Utara,
2)Lubnan(Hezbollah),
3)Syria,
4)Mesir,
5)Iran.

b. Kenapa Korea Utara(KU)? Kerana KU terletak paling Timur dan mempunyai potensi besar menyemarakkan api (huru-hara) dari Timur. Tambahan, KU terletak berhampiran dengan China & Rusia dan dekat juga dengan Nusantara. Menguasai KU, bermakna AS/Israel dapat mengawal China & Rusia dengan lebih dekat lagi sekaligus mengukuhkan penguasaan terhadap Asia Timur termasuk Asia Tenggara. Walaupun telah menempatkan tenteranya di Korea Selatan dan Jepun, penjajahan keatas KU membolehkan AS/Israel berkuasa mutlak dinegara tersebut berbanding keatas KS dan Jepun serta negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina.
c. Penguasaan terhadap KU seperti yang berlaku terhadap Iraq dan Afghanistan, membolehkan AS/Israel mengepung kebangkitan dunia Islam. Israel dan Iraq di Asia Barat, Afghanistan di Asia Tengah & Selatan dan KU di Asia Timur.
d. Perang keatas Lubnan/Syria/Mesir adalah atas Misi Israel Raya iaitu menguasai jajahan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates
e. Perang keatas Iran, zahirnya mungkin tapi tersiratnya mustahil
f. Dari peperangan yang berlaku, tidak mustahil menjadi penyebab kepada tercetusnya kezaliman yang lebih parah keatas umat Islam secara tidak langsung
12. Dajjal dan umat Islam:
a. Ulama itu pewaris nabi. Siapa mereka? Mereka adalah ulama yang mencapai makam dan darjat TAKUTKAN ALLAH. Mereka adalah para wali Allah. Semua wali adalah ulama tapi bukan semuanya ulama adalah wali Allah. Merekalah yang membimbing umat Islam di akhir zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
b. Illuminati dan Dajjal adalah underground Yahudi, sungguhnya gerakan tarekat muktabarah dan para Wali Allah adalah penggerak underground untuk umat Islam
c. Fitnah-fitnah Dajjal menyerang umat Islam dari semua penjuru termasuk menggunakan umat Islam sendiri sebagai agen dan berusaha menghalang kebangkitan Islam yang akan dimulai oleh Pembawa Panji Hitam kemudian Imam al-Mahdi. Sungguhnya para Wali Allah lagi arif mengatasi serangan Dajjal dalam memastikan kalimah taqwa sampai dihati setiap umat Islam
d. Kebijakan dan geniusnya Dajjal berdasarkan akal, sungguhnya kearifan para wali Allah berbekalkan mata hati yang dilimpahi nur Ilahi
e. Secara zahirnya diakhir zaman, kebijakan Dajjal dan pengikutnya dizahirkan dalam pakaian “Canggih, Moden, Hebat, Gah”, sungguhnya kearifan para wali Allah dan insan-insan beriman yang akan memerangi Dajjal kelak zahir dalam bentuk “Zuhud, Sederhana, Faqir”
f. Dajjal bijak menyembunyikan diri sehingga masa yang ditetapkan sampai dan Dajjal berusaha menghapuskan Ahlul Bait yang berpotensi menjadi Imam Mahdi, sungguhnya Imam Mahdi akan lahir dalam nasab ahlul bait yang tersembunyi (The Hidden Golden Chain) dan sehingga menunggu ditaklifkan dalam satu malam oleh Allah, Imam al-Mahdi akan membesar terpelihara kerana berada dalam penjagaan Allah melalui para WaliNya
g. Kebangkitan Islam akhir zaman pasti datang daripada bangsa A’jam dari Timur. Dari bangsa inilah lahirnya Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi.
h. Terdapat pelbagai riwayat bertulis seperti melalui hadis tentang Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi. Terdapat juga riwayat yang datang bersumber daripada pandangan para ulama
i. Penulis berpendapat,
• Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi adalah dua pemuda yang datang daripada nasab Rasulullah SAW melalui Saidina Hassan dan S.Hussin iaitu Ahlul Bait yang tersembunyi keturunan dan susur galurnya. Moyang mereka adalah daripada para syarif/ahlul bait yang datang daripada Haramain berhijrah ke Timur iaitu Nusantara untuk menyebar dakwah Islam
• Kedua-duanya adalah ahlul bait yang masih berdarah Quraisy cuma telah berubah sifat luarannya menjadi A’jam
• Kedua-duanya dilahirkan kemudian membesar tetapi dalam penjagaan Allah melalui para waliNya
• Bahkan, diri mereka sendiri tidak mengetahui dan mengenali diri mereka sehingga ke suatu masa yang ditetapkan
• Maka, mereka tidak sesekali mengisytiharkan diri mereka sendiri tetapi orang ramai lah yang akan membaiah mereka sebagai pemimpin umat Islam
• Kedua-duanya hidup dalam kesusahan dan fitnah dunia tetapi dijanjikan Allah dengan kehidupan akhirat yang bahagia
• Pembawa Panji Hitam adalah pembantu Imam al-Mahdi seperti mana Nabi Harun terhadap Nabi Musa, seperti Abu bakar terhadap Rasulullah SAW dan sepertimana Saidina Hussin dan Saidina Hassan
• Mereka akan membangkitkan Islam untuk tempoh masa yang menyamai masa zaman khulafa Rasyidin iaitu selama 30 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS
• Pembawa Panji Hitam akan muncul terlebih dahulu sebelum munculnya Imam al-Mahdi

Imam Mahdi 2

Salam Sejahtera
6. Sekadar hipotesis:
a. 1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman
b. 40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471 Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS
c. 30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441 Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi
d. 10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431 Hijrah (2010 M) adalah era Israel
e. 100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331 Hijrah adalah era Amerika Syarikat
f. 1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331 Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United Kingdom di zaman pra-moden)

7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10), Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian, Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh 10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.

8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.

9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”
10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.

Imam Mahdi 1

Salam Sejahtera
Berikut cuma sekadar hipotesis penulis hasil pengamatan semasa, penelitian & pembacaan
1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman
2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun
(berdasarkan Hijriyah
bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21
3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia
4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:
a. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW
b. Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali
c. Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden
d. Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman yang Terpimpin” dibawah Imam al-Mahdi
e. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS yg membawa kelangsungan dakwah agama Islam
5. Secara berperingkat:
a. Sebelum kiamat berlaku, akan terjadi fenomena2 alam yang dahsyat seperti tiupan sangkakala, matahari terbit dari barat,muncul Ya’juj & Ma’juj
b. Sebelum terjadinya fenomena2 awal kiamat tersebut, turunnya Nabi Isa AS memakmurkan bumi dengan agama Islam
c. Sebelum turunnya Nabi Isa AS, munculnya Dajjal
d. Sebelum munculnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi memimpin umat Islam
e. Sebelum munculnya Imam Mahdi, keluarnya Pembawa Panji-Panji Hitam (Bani Tamim)
dari Timur
f. Sebelum munculnya Pemuda Bani Tamim, berlaku suatu peperangan awal yang membawa kepada penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam

Monday, November 23, 2009

Heb@tk@h Kit@???

Salam Sejahtera
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Fussilat ayat 19-23 yang bermaksud
"19. Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.
20. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.
21. Dan (setelah berlaku Yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah Yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan Kami dapat berkata-kata; dan Dia lah Yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
22. "Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu Yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka Bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa Yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
23. "Dan sangkaan kamu Yang demikian, Yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah Yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu Yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang Yang rugi!"
Renung-renungkanlah!!!

Friday, November 20, 2009

Mimb@r Jum@@T


Salam Sejahtera
Poster di atas menggambarkan Khutbah Jumaat hari ini.
Maka tafsirlah mengikut fahaman anda sendiri.

F@KIR

Salam Sejahtera
Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud " Kasihkan orang fakir adalah dari akhlak para Nabi dan Bencikan mereka adalah akhlak orang-orang yang sombong"
(Lubabul Hadis lil Imam AsSayuti)

Friday Morning

Salam Sejahtera
Marilah kita renungkan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ghafir @ Mu'minun ayat 83-85,penyesalan bg Golongan yg mendustakan ayat-ayat Allah SWT sewaktu kehidupan mereka.
83. Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul Yang diutus kepada mereka Dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira Dengan pengetahuan Yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan Dengan Yang demikian mereka pun diliputi oleh azab Yang mereka ejek-ejek dahulu.

84. Maka ketika mereka melihat azab kami, mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan Kami kufur ingkar kepada benda-benda Yang Dengan sebabnya Kami menjadi musyrik".

85. Maka iman Yang mereka katakan semasa melihat azab kami, tidak berguna lagi kepada mereka; Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) Yang telah berlaku kepada hamba-hambanya. dan pada saat itu rugilah orang-orang Yang kufur ingkar.

Thursday, November 19, 2009

10 Wasiat Imam Syafie Rahimahullah

Salam Sejahtera
Sebelum Imam Syafie kembali kerahmatullah,beliau sempat berwasiat kepada muridnya dan umat Islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut
"Barang siapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara"
1.Hak Kepada Diri
Mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan percakapan dan berpada dengan rezeki yang ada.
2.Hak Kepada Malaikat Maut
Mengqada'kan kewajiapan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yg dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah swt.
3.Hak Kepada Kubur
Membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan Solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4.Hak Kepada Mungkar dan Nakir
Tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5.Hak Kepada Mizan ( Timbangan )
Menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6.Hak Kepada Sirat ( Titian )
Membuang tabiat suka mengumpat,besikap wara',suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
7.Hak Kepada Malik ( Malaikat Penjaga Neraka )
Menangis kerana takutkan Allah swt,berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terangan dan bersembunyi dan memperelokan akhlak.
8.Hak Kepada Ridwan ( Malaikat Penjaga Syurga )
Berasa redho dengan Qada' Allah swt,bersabar menerima bala',bersyukur di atas nikmat Allah swt dan bertaubat dari melakukan kemaksiatan.
9.Hak Kepada Nabi Muhammad SAW
Berselawat ke atas baginda,berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-sunnah ( Hadith ),menyayangi para sahabat dan berlumba-lumba dalam mencari keredhoan Allah swt.
10.Hak Kepada Allah swt
Mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia dari melakukan kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wednesday, November 18, 2009

Hj Muhammad bin Ahmad al-Kalantani


Namanya Hj Muhammad bin Ahmad al-Kalantani. Lebih dikenali dengan PakCu Hj Mat. Seorang ulamak dan ahli dalam ilmu tajwid. Menanda Qiraat 7 dlm al-Qur'an kegunaannya. Lahir pada 1889 di Kg Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu. Ibunya berasal dari Patani. Bapanya dari Kelantan tetapi meninggal di Makkah sewaktu beliau masih kecil.Mempelajari al-Qur'an, Ilmu Feqh, Nahw, ilmu usul DLL dengan TG Hj Idris Pasir Kota, Kota Bharu.Seterusnya meyambung pelajaran di Makkah selama 5 tahun. Kembali dan membuka pondok di Pintu Geng thn 1920. Di pondok ini, beliau mengajar kitab2 dan al-Qur'an sekaligus.Mengajar al-Qur'an selama 40 thn dan mengarang : Muqaddimah al-Mubtadi fi Ilmi al-Tajwid.Mempunyai murid yg ramai. Meninggal dirumahnya pd thn 1967

Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani


Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1887 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur. Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor
bekas Mufti Kelantan

Us Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari


Us Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari, dilahirkan di Gua Musang, Kel, Umur 33thn, B.A (Hons) Syariah & Peng Islam (Mutah, Jordan), M.A (Tasawwuf) UKM), sdg menyiapkan Tesis Phd (Usuluddin & Falsafah) UKM. Panel Soal Jwb Agama JAKIM. Panelis Forum, Seminar, Ceramah, Diskusi Jabatan Agama, Jabatan Mufti, Kementerian & Sykt Swasta. Muncul dalam Klasik FM,IKIM FM. Penulis buku2 agama dan menulis di akhbar. Sekarang sebagai Ketua Kelas Tafaqquh Pakar,JAKIM Siri ke 2/2008. Boleh dihubungi : 012-2465518. Atau
email : alsalafi76@yahoo.com. Syukran

ALLAMAH AL-MURABBI SHEIKH AL-SAYYID MUHAMMAD 'ALAWI AL-MALIKI AL-QURASYI


ALLAMAH AL-MURABBI SHEIKH AL-SAYYID MUHAMMAD 'ALAWI AL-MALIKI AL-QURASYI. Beliau menghasilkan ribuan murid dan banyak berkarya bagi menyampaikan ilmu dan seruan dakwah. Khususnya dalam menyanggah syubhat fahaman Wahhabiyyah Modern. Walaupun beliau agak berlembut dengan Wahhabiy, namun beliau sendiri dianggap 'kafir, setan toghut dan tarekat sesat oleh Golongan pelampau Wahhabiy. Semoga Allah meredhai beliau.

Syeikh al-Sayyid Muhammad Ibrahim al-Kattani al-Masri


Syeikh al-Muhaddith Syeikh al-Sayyid Muhammad Ibrahim al-Kattani al-Masri. Antara murid senior Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari. Beliau merupakan rakan seguru Syeikh Hassan al-Saqqaf. Mempunyai sanad periwayatan yang kuat kepada Imam al-Bukhari dan Nabi SAW. Pakar dalam ilmu hadis dan Jarh Wa Ta’dil. Banyak mengarang kitab menjelaskan kekeliruan fahaman Wahhabiy ke seluruh pelusuk dunia. Dan baru-baru ini beliau dijemput Akademi Pengajian Islam UM membentangkan k.kerja sempena Seminar Pemantapan Akidah

DATO' SYED ALWI BIN TOHIR AL-HADDAD


Beliau merupakan Mufti Johor yang ke IV (1934-1941) dan VI (1947-1961). Beliau pernah mengeluarkan fatwa tentang Fahaman Wahhabiy (Kaum Muda). Beliau menasihati masyarakat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda kerana fahaman kaum muda itu menyamai metodologi golongan Khawarij yang gemar mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan permasalahan furuk. fatwanya boleh disemak pada Himpunan Fatwa Negeri Johor.

TG DATO' HJ AHMAD MAHER


Beliau dilahirkan pd thn 1324H di Ma'ala, Makkah oleh ibunya Hj To' yg dtg ke Makkah dgn ayahnya utk mengerjakan haji dan menuntut ilmu. Ayahnya yg dikenali dgn Tok Kemuning mengajar anaknya menghafaz al-Qur'an, b. Arab dan kitab2 agama. Balik dari Makkah menetap di Kemuning, Machang. Berpindah ke Bachok dan akhirnya di Kubang Pasu. Beliau belajar pula dgn Tok Kenali, Hj Ali Pulau Pisang, Hj Ahmad Hakim, Tok Khurasan, Hj Yaakob Gajah Mati Dll. Antara kitab yg dipelajari : Misykat Masabih, Sunan Tirmidzi,, Mantiq al-Qurtubi dan Ihya' Ulumiddin. Syeikh Muhammad Bakhit (bekas Mufti Mesir) menggelarnya "maher" krn kemahiran beliau dlm usul feqh. Anak Kelantan pertama mendpt syahabah alimiyyah dlm masa singkat di Azhar Syarif. Banyak menghafaz mutun. Bijak berhujjah. Pernah mengajar di Masjidil Haram. Pengarang Majalah Pengasuh. Pada bulan Okt 1935 dilantik sbg Qadhi besar Kelantan. Pada tahun 1938 dilantik sbg Mufti Khas Sultan Ismail. Pada tahun 1941 dilantik sbg Mufti Kelantan hingga akhir hayat. Pernah berlaku debat "Jilatan Anjing" beliau bersama TG Hj Ibrahim mempertahankan mazhab Syafi'ie. Manakala Hj Abbas Taha, Hj Wan Musa & Dr Burhanuddin Helmi dgn fhmn Kaum Muda. debat dimenangi beliau apabila Hj Abbas Taha gagal membalas hujahnya. Banyak menulis kitab.Meninggal dunia pd sabtu 17 Zulhijjah 1387 bersamaan 16 Mac 1968. Dimakamkan di Kubor Banggol, Kota Bharu.

Hj Abdullah bin Hj Yusuf Bekeng


Nama sebenar Hj Abdullah bin Hj Yusuf Bekeng. Ibunya dikenali dgn Mek Teh. Berketurunan Raja Patani. Menetap di Kg Biah dekat Nilam Puri. Mengaji di pondok Chenok, Pondok Bendang Jong dgn Tok Chaok (masyhur dgn gelaran ahli Makrifat). Tiga bulan makan labu sbb kehabisan beras semasa memondok.Balik ke Kelantan untuk berkahwin.Diberi 'Doa Patani' oleh Tok Chaok.Mengaji pula dgn Tok Mufti Hj Wan Musa, TG PakSu Lah Kg Bot dan Tok Kemuning Tua.Mengaji pula di Makkah 2 tahun. Akhirnya, pulang dan thn 1929 menetap di Kg Lembu (Nilam Puri). Melahirkan ramai murid. Amalan istimewa : Doa surah al-Ikhlas, Ayat al-Kursi, Ayat 33 n Selawat. Pencuri labunya sakit perut serta merta. 3 Penyamun tidak boleh keluar dari sebuah kebun hingga ke pg kecuali dgn kebenarannya. Kembali kerahmatullah pada 5.50pg, Isnin 4 Mei 1964.

Tuan Guru Hj Wan Ibrahim


Tuan Guru Hj Wan Ibrahim Gajah Mati merupakan salah seorang ulamak Kedah yg masyhur. Berusaha memberi ilmu pengetahuan serta menolak pndgn yang menyeleweng tnt akidah. Dilahirkan di Pattani tetapi menetap di Kedah. Adik kpd Tuan G uru Pak Da Ail Pattani yg masyhur mengajar di Makkah. Ayahnya ialah TG Hj Wan Kadir Wan Mustafa (Tok Bendang Daya). Belajar dgn ayahnya. Kemudiannya dgn Tok Jakar di Bermin, Pattani kemudiannya belajar di Makkah. Menguasai penulisan syair arab. Buku Qawaid Feqhiyyah ditulis dlm syair. Mempunyai hubungan yg rapat dgn Tok Kenali. Balik ke Kedah berkahwin dan membuka pondok. Pondoknya mendapat sambutan hangat. Beliau mengajar Fathul Wahhab, Sahih Bukhari DLL. Kitabnya Fathul Jalil Wa Syifa' al-Ghalil ditulis utk menolak pndgn Qidam Mustahil. Meninggal dunia dlm usia 74 tahun dgn memiliki 11 org cahaya mata. Di makamkan di Kg Gajah Mati, Pendang, Kedah.

Hj Yahya bin Muhammad Taha bin Idris


Nama sebenar Hj Yahya bin Muhammad Taha bin Idris. Beliau dilahirkan di Kg Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Berasal dari Pattani. Belajar al-Qur'an dgn bapa saudaranya Awang Besar dan TG Hj Ahmad Awg Besar. Belajar di Sek Melayu Sik hingga darjah 3. Kemudian memondok dan menadah kitab dgn TG Hj Yaakub selama 6 thn. Kemudian menyambung pelajaran di Makkah selama 12 tahun.Antara gurunya : Pak Chik Daud Fathoni, TG Hj Yahya Reman, Pak Da Eil, Syekh Mukhtar Utarid, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Syed Alawi DLL Beliau bersama Pak Su Hj Ahmad berarak sambil bertakbir dan berzikir dgn kuat sehingga komunis mengundurkan diri. Beliau juga dijemput menghalau komunis di Batu Kurau. Perak. Melahirkan murid yang ramai. Dipercayai seorang yg mempunyai keramat. Meninggal dunia petang Khamis di rumah isteri ke3nya tahun 1959. Dikuburkan di Tanah Perkuburan Masjid al-Huda, Kg Hangus.

Hj Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Samad


Beliau ialah Hj Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Samad. Dilahirkan di Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1911 di zaman Sultan Muhammad ke IV. Atau dikenali dgn zaman kemajuan Kelantan. Bapanya salah seorang ulamak terbilang Kelantan. Mula belajar Feqh dan Tasawuf dgn ayahnya dan TG Hj Ahmad Mannan dan lain-lain.Beramal dgn tarekat Ahmadiyyah. Ke Makkah pd thn 1935 utk belajar. Seorg yg warak & tidak suka menonjol diri. Sahabtnya kaki masjid, Hafiz Qur'an dan Ahli ibadat. Dilantik Imam Tua Masjid Muhammadi thn 1946. Menjadi ahli Jemaah Ulamak MAIK 1949. Beliau adalah sahabat baik TG Hj Daud Bukit Abal. Meninggal dunia 22 Jan 1968 dlm usia 57 tahun.

Ya Rasulullah Ya Habiballah Ya Nabiyallah

Salam Sejahtera

Sabda Rasulullah:من رآني في المنام فسيراني في اليقظةولا يتمثل الشيطان بي
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
‘Siapa yang melihatku dalam mimpi,maka beliau akan melihatku secara yaqozoh
(dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’
~Riwayat Imam Bukhari :Hadis Sohih.

Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami.Bila dengar saja,berguguran airmata…terasa ‘Ya Allah,bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?’
Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.
Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri maseh melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.
Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya…
Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???
Siapa??
Insan yang paling istimewa disisi Allah.
Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:
Ada salah seorang dari masyayikh(guru) kami,setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah.Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung…kemudian pada malamnya,beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari.Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah datang dalam mimpinnya dan menegur:’Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.’
Ya Allah…bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya…
Kita akan dapati bahawa ada diantara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar.Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk ‘menjaga’…bagi alfaqir bukan itu saja…mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah.
Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:
Cerita (1):
Kire2 dalam 20 tahun yang lalu,kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.
Jadi kami pun bertanya kepadanya…
‘Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?’
Lelaki itu pun berkata:
‘Sudah 3 hari,aku tidak lihat Rasulullah.’
Kemudian ditanya semula…
‘Jadi,engkau hari2 mimpi Rasulullah?!’
Beliau pun berkata: ‘Setiap hari Rasulullah hadir dalam mimpi aku.Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah,aku menambahnya hingga 15,000 kali.’.
Ya Allah…Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari???Lalainya aku dalam mengingatinya…
Amat menyedihkan lagi…
Bila disebut Rasulullah,sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat.Kedekutnya KITA!Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.
Cerita(2):
Pada suatu hari,seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air.kesana kemari untuk mendapatkan air,tetap tidak berjaya.Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan.kemudian,pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya…ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).
Tanya si Ayah:’wahai anakku,apa yang engkau buat ini?’
Si anak berkata:’Aku ternampak seolah-olah didepanku bekas air yang besar,jadi aku meminumnya.’
Kata si Ayah:’Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah(samada secara mimpi/yaqozoh).’
Kesimpulan:kalau kita mahu mimpi Rasulullah…maka hati kita perlu ta’alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air,tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.
Cerita (3):
Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar),Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:
‘Setiap minggu tak lihat(samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah?Tolibul ‘ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah setiap minggu?!Pelik!’
Ya Allah…jauhnya kami dari Rasulullah…
Tadi,Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto’:
Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali.Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).
Allah…
Pada beberapa hari yang lalu pula…
Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .
Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah…jadi,setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu…beliau akan bertanya: ‘Kaifa Hal Rasulillah alyaum?’(Bagaimana keadaan Rasulullah hari ini).
Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:
‘Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullah hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah.’
Tanya diri…
‘Berapa banyak kitab tentang Rasulullah yang engkau telah baca???’
Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah…
Perhatian!!!
Cerita2 ini bukan rekaan semata.Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal,kita menolak terus dan menginkarinya.Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita.DIA Maha Berkuasa.Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh?!Ingat,KITA hanya HAMBANYA!!!Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.
Ya Allah,dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami,kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami didunia ini…

MPSP


Salam Sejahtera

Kekadang diri ini merasakan apa yg dilakukan oleh sahabat-sahabat seangkatan agak pelik.Ada perkara yg mudah boleh digunakan tapi tidak pula digunakan.Sebaliknya mencari jalan untuk menyusahkan sahabat-sahabat yang lain.Contohnya dalam masalah Parking Kete.Kenapa tak diarahkan supaya menggunakan Stiker Bulanan sedangkan ianya lebih jimat dan memudahkan.Sebaliknya hanya kaedah kopun yg digalakan.Itulah dunia benda yang tak disangka-sangka kekadangnya menjadi kenyataan.
Pening jg kepala ini memikirkan keadaan tersebut dan hati ini hanya mampu bersimpati kepada sahabat-sahabat yang terlibat di dalam masalah Parking Kete ni.
Moga-moga apa yg dinyatakan di sini dapat membuka mata pihak yang terlibat untuk mencari altenatif lain dalam menyelesaikan masalah tersebut.Bak kata pepatah melayu "Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul"

Salam Sejahtera
Allah SWT telah berfirman yang makusdnya
"Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka jahannam Dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan Memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" mereka menjawab: "Ya, telah datang! tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang Yang kafir." (Az-zumar,ayat 71 )

Tuesday, November 17, 2009

Salam Sejahtera

Wasiat-wasiat Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

AlhamduliLLah, puji syukur ke hadirat Allah Subhanahu wa Ta’ala, Yang Maha Menyaksikan segalanya, Maha Pengawas Yang Selalu hadir tanpa pernah absen, Maha Pendamping Yang tiada pernah berpisah dalam pemukiman maupunbepergian, Yang selalu mendorong kaum cerdik cendekiawan untuk mengamati ciptaan-Nya di alam malakut-Nya, di langit dan bumi-Nya yang sarat dengan tanda-tanda kebesaran ayat-ayat-Nya, yang mengandung pengertian dan pelajaran.
Salawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad Saw, beserta keluarga beliau yang mulia dan terhormat, sebanyak bilangan gumpalan awan dan curahan hujan dan sebanyak bilangan hembusan angin yang menggerakkan pepohohan.
Ammâ ba’du: Saya berpesan, terutama kepada diri saya sendiri dan kepada anda sekalian para sahabatku tercinta semoga kita senantiasa bertaqwa kepada Allah Yang Maha Penguasa atas seluruh penguasa, Penyebab dari semua sebab, Yang Tiada Tuhan yang patut disembah selain Dia, dan tiada suatu tujuan hakiki kecuali kepada-Nya.
Sesungguhnya, orang yang berbahagia itu ialah yang selalu bersandar diri kepada-Nya, dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya, meletakkan dirinya di dalam kuasa dan kekuatan-Nya, berserah diri dan tunduk sepenuhnya kepada qudrat dan iradat-Nya. Bersungguh-sungguh meletakkan harapan dan keinginan kepada apa yang ada di sisi-Nya.
Adapun orang yang sengsara dan terjauhkan dari segala keberuntungan adalah yang berpaling dari Allah, tiada ingat kepada-Nya, bahkan selalu mengikuti bisikan hawa nafsunya dan mengutamakan dunianya di atas akhiratnya.
Maka pesan saya pertama-tama, hendaklah anda sekalian selalu bertawakal kepada Allah dan percaya sepenuhnya kepada jaminan-Nya, seraya merasa tenteram dalam naungan-Nya, selalu mohon pertolongan-Nya dalam segala urusan, bersandar kepada-Nya dalam segala hal, serta meletakkan harapan dan keperluan dalam lingkup kemurahan dan kurnia-Nya semata-mata.
Dan hendaklah anda sekalian memeutuskan segala harapan dan keinginan dari apa saja berada di tangan orang-orang lain, tidak menunjukkan sedikit pun ketamakan untuk memperoleh apa pun pemberian dari mereka. Namun, sekiranya ada seseorang memberikan hadiah secara ikhlas, terimalah oleh kalian pemberian itu dengan penuh rasa terima kasih kepadanya dan berdoalah untuknya. Nikmatilah seperlunya atau sedekahkanlah kepada orang lain sekiranya tidak kalian perlukan. Meskipun demikian, sekiranya ada keraguan tentang kebaikan sumber perolehan sesuatu yang di hadiahkan kepada kalian, tolaklah dengan cara yang santun.
Mementingkan solat & Zikir
Hendaklah anda sekalian senantiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kelima shalat fardhu seraya memenuhi segala persyaratannya. Shalat adalah tiang agama dan diumpamakan bagai kepala dalam susunan anggota tubuh.
Adapun sebaik-baik cara pemeliharaannya adalah dengan mengerjakannya pada awal waktu dan sedapat mungkin dalam berjemaah. Sedangkan yang paling utama dan menentukan diterimanya solat itu ialah dengan menghadirkan hati di dalamnya di sertai dengan penuh kekhusyu’an. Alangkah buruknya bagi seseorang yang sedang bersolat, apabila anggota-anggota tubuhnya tengah bermunajat dengan Tuhannya, sedangkan hatinya berkelana kesana sini memikirkan ehwal dunianya.
Tetap membaca zikir Ketika dalam Perjalanan Jauh
Allah Swt. dengan kemurahan-Nya juga telah mneyediakan keringinan bagi hamba-hamba-Nya dalam melaksanakan solat, iaitu solat qasar dan jama’ (yang dibolehkan ketika sedang dalam perjalanan jauh). Maka manfaatkanlah kemudahan seperti itu (sesuai dengan persyaratan dan) pada tempatnya masing-masing kerana Allah Swt. amat suka kemudahan-Nya dinikmati, sebagaimana juga kewajipan-kewajipan-Nya di penuhi. Walaupun demikian, hendaklah kalian tetap melaksanakan semua zikir yang biasa kalian laksanakan setiap hari, sebagaimana yang kalian lakukan di saat sedang tidak bepergian. Oleh sebab itu, hendaklah kalian secara konsisten dan tekun senantiasa memelihara bacaan-bacaan Al-Quran dan pelbagai wirid yang biasa kalian lakukan dalam keseharian kalian. Jangan sekali-kali meninggalkannya. Kalaupun tidak dapat dilaksanakan secara sempurna akibat kesibukan dalam perjalanan, gantikanlah pada kesempatan lain, jika itu termasuk amalan yang dapat diganti (di-qadha’). Atau jika tidak termasuk amalan yang dapat di-qahda’ maka yang demikina itu termasuk dalam keringanan yang diberikan Allah Swt bagi orang musafir, sebagaimana disabdakan oleh Nabi Saw.:” Apabila seseorang Mukmin dalam keadaan bepergian, atau sedang sakit, maka Allah Swt. memerintahkan kepada malaikat-Nya agar mencatat baginya segala amalnya seperti ketika diamalkannya pada saat-saat ia bermukim dan dalam keadaan sihat wal-afiat”. Ini tentunya merupakan anugerah Allah serta rahmat dan kemudahan-Nya.
Alhamdulillah. Puji syukur ke hadirat-Nya, betapa besar rahmat dan kesayangan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya!
Kesucian Lahir Batin
Dan hendaklah kalian – disamping memeperbanyakkan zikir kepada Allah Swt pada setiap saat- demikian juga, yang tidak kalah pentingnya, ialah menjaga kesucian batin,d alam erti kebersihan hati dari buruk sangka, dendam dan dengki terhadap sesama muslim atau melakukan penipuan terhadap mereka. Demikian juga hendaklah kalian selalu memperhatikan kesucian lahiriah di setiap saat. Yakni mensucikan diri dari hadas dan najis. Tentang ini, Allah Swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa (a.s): “Apabila sesuatu musibah menimpa dirimu, pada saat tubuhmu tidak sedang dalam keadaan suci, maka janganlah menyalahkan selain dirimu sendiri”.
Lakukanlah zikir-zikir secara rutin pada waktu pagi dan sore, kerana zikir adalah benteng dari gangguan syaitan dan penangkal dari berbagai keburukan. Dalam kitab Al-Adzhâr (karya An-Nawawi.-Peny) cukup banyak teks zikir yang di anjurkan, terutama ketika sedang dalam perjalanan jauh, ketika naik dan turun dari kenderaan dan juga pada saat memasuki kota tempat tujuan dan lain-lain sebagainya. Usahakanlah agar mendapatkan kitab tersebut, lalu hafalkanlah bacaan-bacaan yang tertera didalamnya, dan selanjutnya kerjakanlah dengan tekun.
Menghias Diri Dengan Akhlak Yang Baik
Hendaklah anda sekalian selalu mengutamakan kebersihan hati, kedermawanan dan kasih sayang kepada setiap muslim, serta sikap bersahabat dan ramah tamah kepada siapa saja yang bersahabat dengan kalian. Berupayalah agar kalian selalu membantu setiap muslim dalam memenuhi kebutuhannya, sama seperti mencukupi keperluan diri kalian sendiri. Tanamkanlah dalam diri kalian, kepedulian dan rasa keinginan untuk selalu menyenangkan hatinya. Jangan pula merasa malu atau segam memberikan nasihat dan bimbingan, demi kebaikan akhiratnya. Sebab, perasaan malu untuk melakukan hal seperti itu, sebetulnya bukan malu, melainkan sifat pengecut yang oleh setan dinamakan malu, semata-mata untuk menyenangkan hati orang-orang yang lemah imannya.
Senantiasa Berakhlak Mulia
Dengan siapa saja kalian bersahabat, utamakanlah budi pekerti yang baik dan sikap lemah lembut kerana semua keluhuran akhlak itu bertumpu pada kelembutan budi dan sikap lapang dada serta mengutamakan kepentingan para sahabat. Dan hendaklah seorang mukmin itu berwatak cepat ridhanya dan lambat amarahnya. Bahkan ciri khas dari sifat utama seorang Mukmin Kâmil (mukmin yang sempurna) ialah tidak akan mudah marah kerana sesuatu yang bekenaan langsung dengan diri peribadinya, melainkan semata-mata kerana sesuatu yang menyangkut pelanggaran terhadap hak tuhannya. Kalaupun seorang mukmin marah kerana sesuatu yang berkenaan dengnan hak peribadinya, maka keimanan yang bersemayam di dalam hatinya akan segera meredam kemerahannya itu. Seorang laki-laki pernah berkata kepada Nabi Saw.: “Ya Rasullallah! Berilah aku nasihat!” Maka beliau pun bersabda : “Jangan marah!” (Ucapan itu beliau ulang-ulang sampau beberapa kali).
Dan hendaklah anda sekalian selalu bersikap tawâdhu iaitu dengan memandang kepada sesama kaum Mukminin dengan pandangan pengnagungan dan penghormatan dan kepada diri sendiri dengan perasaan rendah hati.
Demikian pula hendaknya kalian selalu bersikap tulus ikhlas iaitu dengan senantiasa mengharapkan keredhaan Allah an pahala-Nya semata-mata, pada setiap kali melakukan suatu kebaikan ataupun meninggalkan suatu keburukan sebab barang siapa melakukan suatu perintah Allah Swt. akan tetapi dalam hatinya ingin mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau mencar-cari pujian atau menginginkan harta kekayaan mereka, maka ia sudah termasuk kelompok orang yang berbuat riya”. Sedangkan sifat riya’ dalam beramal akan membatalkan amal itu sendiri serta melenyapkan pahalanya.
Memilih Sahabat Yang Berakhlak Baik
Upayakanlah agar kalian selalu bersahabat dengan orang-orang yang berakhlak mulia, agar dapat meneladani perilaku baik mereka dan sekaligus menggali keuntungan dari perbuatan dan ucapan mereka. Biasakanlah pula untuk berkunjung kepada mereka yang masih hidup dan menziarahi mereka yang sudah tiada, dengan penuh keikhlasan, penghormatan dan penghargaan. Agar dengan demikian diperoleh manfaatnya dan rasa limpahan keberkahan Allah kepada kalian dengan perantaraan mereka itu. Pada zaman ini, memang sedikit sekali manfaat yang dapat diperoleh dari orang-orang saleh, kerana kurangnya penghormatan dan lemahnya husnuzzhan (persangkaan yang baik) terhadap mereka.
Itulah sebabnya kebanyakan orang di zaman sekarang tidak memperoleh keberkahan dari orang-orang soleh itu, an tidak bisa menyaksikan pelbagai peristiwa menakjubkan yang berasal dari kedudukan mereka yang telah beroleh karâmah (penghormatan dan pemuliaan) dari Allah Swt. Sedemikian rupa, sehingga mereka mengira bahawa pada zaman ini sudah tidak ada lagi orang-orang yang disebut sebagai ‘wali’.Dugaan yang demikian itu tidak benar sama sekali, Alhamdullillah, para wali itu masih cukup banyak, yang tampak maupun yang tersembunyi. Namun tak ada yang bisa mengenali identitas mereka itu, kecuali orang-orang yang telah mendapatkan anugerah cahaya kebenaran dan kebesaran Allah dalam hatinya dan mereka yang selalu berhusnuz-zhan terhadap mereka.
Menjauhkan Diri Dari Orang-Orang Yang Berperilaku Buruk
Hindarilah orang-orang yang berakhlak buruk dan bermoral rendah. Jauhilah pergaulan dengan mereka kerana dengan menjadikan mereka itu sahabat kalian, maka hanya kerugian dan malapetaka yang akan kalian alami, di dunia maupun di akhirat. Pergaulan seperti itulah yang membengokkan sesuatu yang sudah lurus dan yang lebih parah lagi mengakibatkan rosaknya hati dan agama. Sungguh tepat apa yang dikatakan oleh seorang penyair : Yang berkudis takkan menjadi sihat kembali akibat bergaul berdekatan dengan yang sihat, namun yang sihat mudah ketularan penyakit akibat bergaul berdekatan dengan yang berkudis.
Memelihara Hati Dan Lidah
Peliharalah hati kalian masing-masing dati niatan atau bisikan-bisikan hati yang tercela dan bersihkanlah dari noda-noda akhlak yang buruk dan berupayalah mencegah keterlibatan setiap anggota tubuh kalian dalam kegiatan bermaksiat atau berdosa. Lebih-lebih lagi dalam menjaga dan memeilahara lidah dari pembicaraan-pembicaraan yang terlarang atau yang sia-sia; terutama yang bersifat umpatan atau gunjingan terhadap sesama muslim. Begitu besar dosa pengunjingan (ghibah) sehingga dinyatakan bahawa dosanya lebih besar daripada dosa perzinaan.
Jangan sekali-kali berkata bohong. Sebab kebohongan sangat bertentangan dengan keimanan, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis nabi Saw.: “Barangsiapa ingin mengutuk dirinya sendiri, silakan ia berkata bohong”.
Sungguh, bahaya yang ditimbulkan oleh lidah itu amat besar sekali, demikian pula cara mengendalikannya tidaklah mudah. Maka, barangsiapa mendapatkan taufik (pengarahan dan pemudahan dari Allah Swt.) untuk bisa memelihara lidahnya, sungguh ia telah meraih bagian keberuntungan yang amat besar!.
Membaca Al-Quran Secara Rutin
Hendaklah kalian membiasakan diri dengan sering-sering membaca Al-Quran dengan penuh kekhusyu’an dan kehadiran hati, di samping menekuni ertinya (tadabbur) dan mengikuti kaedah-kaedah bacaannya (tartîl). Perbanyakkanlah pula – secara khusus-bacaan Surah Yassin, demi memperoleh berbagai kebaikan dan menangkal berbagai keburukan.
Menghindari Kekenyangan
Jangan sekali-kali memenuhi perut kalian dengan makanan berlebihan. Kekenyangan mengakibatkan kekerasan hati serta kemalasan dalam beribadat, di samping menghalangi hati dari penyiksaan cahaya-cahaya Iiahi dan menjauhkan dari pengaruh positif yang diharapkan dari amalan ibadat dan zikir.
Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umroh
Hendaklah kalian bersungguh-sungguh dalam menetapkan niat untuk menunaikan ibadah haji (segera setelah memiliki kemampuan untuk itu), guna mengunjungi ka’abah, BaituLLâh Al-aHarâm dan melaksanakan manasik haji, mengagungkan syi ‘ar-syi ‘ar-Nya dan menziarahi makam Nabi-Nya: Muhammad Saw. Dan hendaklah kalian dalam hal ini, benar-benar memfokuskan niat dan tujuan dengna tulus ikhlas hanya untuk ibadah semata-mata, tidak untuk tujuan apa pun selain itu. Jangan sekali-kali mencampur adukkan niat-nat mulia ini dengan suatu tujuan yang lain; seperti ingin berniaga atau berwisata.
Dan ketika sedang dalam ibadah haji, hendaklah sering-sering melakukan tawaf mengelilingi Ka’abah, rumah Allah. Sebab, orang yang mengerjakan tawaf, bagaikan seorang yang sedang menyelam di dalam samudra rahmat Allah Swt. Maka hendaklah kalian tidak menyia-yiakan saat-saat yang baik itu. Penuhilah hati kalian dengan pengagungan terhadap kebesaran Allah Swt., Sang Pemilik ‘rumah’ yang kini kalian sedang berada di hadapannya. Jangan pula menyibukkan hati kalian dengan apa pun juga, terkecuali dengan tilawat Al-Quran, zikir dan doa-doa lain yang telah dianjurkan. Dna janganlah menyia-yiakan waktu kalian dengan berbagai aktivitas yang tidak bermanfaat. Hendaklah kallian dengan sungguh-sungguh dan konsisten mengerjakan berbagai zikir, bacaan dan doa-doa yang biasa diucapkan secara khusus ditempat-tempat tawaf, sa ‘i dan lain-lain yang bekaitan dengan Ibadah Haji. Selain itu, alangkah baiknya bila kalian juga menaruh perhatian khusus untuk menyaksikan tempat-tempat bersejarah yang memiliki nilai sangat agung.
Perbanyak pula Umroh, bila ada kesempatan untuk itu, terutama pada bulan suci Ramadhan. Sebab, satu kali umroh pada bulan Ramadhan, pahalanya sepadan dengan pelaksanaan ibadah haji bersama Rasulallah saw.
Dan hendaklah kalian lebih-lebih menjaga kesopanan yang tinggi selama berada di Tanah Suci (Al-Haramain) dan bersikap ramah tamah dan santun terhadap penduduk setempat. Hargailah kemuliaan yang mereka peroleh kerana bertetangga dengan Rasulallah Saw iaitu dengan cara selalu berbaik sangka terhadap mereka khususnya, dan terhadap kaum Muslimin pada umumnya.
Kalaupun kalian adakalanya menyaksikan atau mendengar di sana, sesuatu yang tidak berkenan di hati, sebaiknya bersikap menahan diri dan bersabar, serta tidak perlu memberikan komentar yang negatif. Akan tetapi jika mampu mengatakan yang benar, ungkapkanlah hal itu. Sebab, ajaran islam tidak membolehkan seseorang mukmin berdiam diri menghadapi suatu yang bathil kecuali dalam keadaan terpaksa, dan meyakini ketidakmampuannya untuk mencegah. Dan alangkah bahagianya orang yang telah mempu memusatkan niat secara bulat dalam pengabdiaannya kepada Allah, tanpa terpengaruh oleh perilaku buruk yang melanda orang-orang di zaman sekarang, yang bertentangan dengan perilaku para salaf saleh. “Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang benar-benar mendapat petunjuk, dan barang siapa yang di sesatkan-Nya, maka tak akan ada baginya seorang pemimpin pun yang memberi petunjuk kepadanya “ (QS.:18:i7)
Selain itu, hendaklah kalian tidak menyia-yiakan kesempatan untuk beramal dan berbuat kebajikan sebanyak-banyaknya selama berada di Kota Makkah, mengingat bahawa setiap amal kebaikan yang dilakukan disana akan dilipat gandakan pahalanya sampai seratus ribu kali kelipatan. Penggandaan pahala seperti ini sebetulnya disebutkan dalam sebuah hadis Rasullulah Saw. Khusus berkaitan dengan ibadat shalat. Akan tetapi sebagian ulama memahaminya sebagai sesuatu yang bersifat umum, meliputi semua amal kebaikan yang dilandasi niat yang ikhlas dan murni demi meraih keridhaan Allah semata-mata.
Namun perlu diingat, baawa sebagaimana amal-amal kebaikan di kota suci Makkah di lipat-gandakan pahalanya oleh Allah, demikian juga sebaliknya perbuatan-perbuatan maksiat di sana pun akan dilipat-gandakan dosa-dosanya. Sedemikian rupa, sampai-sampai sebagian ulama salaf mengatakan; tidak ada suatu tempat di mana ‘niat melakukan maksiat’ saja akan menghadapi tuntutan,s elain kota Makkah. Dalilnya, menurut mereka adalah, firman Allah Swt. dalam Surat Al-Hajj: 25, “Barang siapa bermaksud didalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih”.
Abdullah Bin Abbas (r.a) pernah berkata : “Bagiku lebih baik melakukan perbuatan dosa sebanyak tujuhpuluh kali di suatu tempat (selain Makkah), daripadanya melakukannya satu kali di Makkah”.
Semoga Allah selalu menjaga kota suci itu, menambah keagungan dan kehormatannya serta kebesaran dan kemuliaannya!
Diriwayatkan bahawa ketika Rasullullah Saw. Melaksanakan ibadah haji, beliau mengenderai seekor unta berpelana usang, berlapis kain yang harganya tidak mencapai empat dirham. Dan ketika pulang, beliau bersabda, “Ya Allah, jadikanlah ini haji mabrur, tidak tersisip didalamnya perasaaan riya’ atau ingin ketenaran.”
Demikian pula Umar bin Khattab r.a., selesai melakukan tawaf di Ka’bah, ia mencium Hajar Aswad lalu menangis, kemudian berkata : “Demi Allah, aku sedar bahawa engkau ini batu, tidak bisa membawa manfaat ataupun mudarat. Kalau saja tidak kerana aku pernah menyaksikan Rasullullah saw. Melakuka seperti ini (yakni mencium Hajar Aswad), niscaya aku tidak akan melakukannya. Kemudian ia menoleh ke belakang dan melihat Ali bin Abi Talib (karramallahu wajhah). Maka Umar pun berkata kepadanya: “Hai Abu’l-Hasan (julukan Ali bin Abi Thalib r.a.), di sinilah tempat mencucurkan air mata.” Tetapi Ali r.a. berkata kepadanya, “Sesungguhnya Hajar-Aswad ini, wahai Amirul-Mukminin, bisa membawa manfaat dan mudarat. Kerana ketika Allah Swt. , mengambil ikrar anak-cucu keturunan Adam s.a. dan berkata kepada mereka, “Bukankah Aku ini tuhan kalian?’, Ia menuliskan suatu tulisan (yang berisi ikrar mereka itu) lalu menyimpannya di dalam batu ini. Maka batu ini pun bersaksi bagi siapa-siapa yang menciumnya (atau menyentuhnya) dengan keyakinan yang benar.”
Seorang laki-laki bertemu dengan Abdullah bin Umar r.a. ketika sedang mengerjakan tawaf lalu mengutarakan suatu keperluan kepadanya. Tapi Abdullah tidak menghiraukannya, sampai berjumpa lagi dengannya setelah itu, dan berkata kepadanya: “Saya tahu bahawa anda telah kecewa ketika saya tidak mengindahkan pembicaraan anda saat itu. Tidakkah anda mengetahui bahawa kita ini-pada saat bertawaf-sedang berhadapan dengan Allah Swt?! bagaimana pun juga keperluan anda itu telah terkabulkan!”
Pada suatu ketika, Ali bin Al-Husain r.a. (cucu Rasullullah Saw) melihat Hasan Al-Basri di Masjid’l Haram sedang bercerita dihadapan orang banyak. Ia pun berhenti lalu berkata kepadanya, “Wahai hasan, adakah anda telah rela sepenuhnya dan menyiapkan diri menyongsong kematian?”
“Tidak!” jawab Hasan Al-Basri.
“Lalu, ilmu anda untuk dihisab?”
“Tidak!” jawab Hasan lagi.
“Apakah Allah Swt.memiliki ‘rumah’ yang menjadi tujuan manusia dari berbagai penjuru selain ‘rumah’ ini?” tanya Ali bin Husain lagi.
“Tidak!”
“Kalau begitu, mengapa anda menyibukkan orang-orang dengan mendengarkan cerita-cerita anda itu sehingga mereka terhalang dari melakukan tawaf?”
Mendengar itu,Hasan Al-Basri segera meninggalkan tempat itu dan tidak pernah lagi bercerita selama berada di Kota Makkah.
Thawus berkata, “Aku pernah menyaksikan Ali Zain’l-Abidin Ibn’l-Husain (cucu Rasullullah saw.) di tengah malam, sedang shalat di Al-Hijr (berhadapan dengan Ka’bah). Aku mencuba mendekatinya seraya bergumam dalam hati: “Ini seorang saleh dari keluarga Rasullullah Saw. Moga-moga saya mendengar sesuatu yang bermanfaat dari beliau. Lalu kudengar beliau berdoa dalam sujudnya: “Ya Allah, hamba-Mu yang peminta-minta ini berada di halaman rumah-Mu, hamba-Mu yang miskin di halaman rumah-Mu; hamba-Mu yang fakir di halaman rumah-Mu!’ Sejak itu, tak pernah lagi do’a yang kupanjatkan untuk meminta sesuatu yang kumulai dengan kalimat-kalimat itu, kecuali pasti terkabul.”
Diriwayatkan bahawa ketika Ali Zain’i-Abidin r.a. memulai ihramnya dan hendak mengucapkan talbiyah (yakni, Labbaik Allahumma Iabbaik, yang berarti: Aku di sini memenuhi panggilan-Mu, ya Allah) tiba-tiba seluruh tubuhnya bergemetaran, dan wajahnya pucat pasi, kemudian ia terjatuh dari kenderaannya dalam keadaan pengsan. Ketika ditanyakan kepadanya setelah itu, “Mengapa demikian?” ia menjawab, “Aku amat khuatir dan takut bila mengucapkan talbiyah, akan dikatakan kepadaku:”Kedatanganmu tak diterima!”
Salim putera Abdullah bin Umar pernah berada di dalam bangunan Ka’bah bersama dengan Hisyam bin Abdul Malik, yang ketika itu menjabat sebagai Amir (walikota Madinah). Kepada Salim, Hisyam bertanya:”Mintalah apa saja keperluanmy dariku!”
“Aku pun merasa malu meminta sesuatu dari siapa pun selain dari Allah SWT., sementara aku berada di-rumah-Nya.”
Kemudian setelah mereka berdua keluar Ka’bah, Hisyam berkata lagi: “Sekarang kita sudah berada diluar Ka’bah. Ajukanlah keperluanmu!”
“Yang anda maksud keperluan duniawi atau ukhrawi?” tanya Salim.
“Aku tidak memiliki sesuatu kecuali dunia.” Jawab Hisyam.
“Aku tidak pernah meminta dunia dari Dia yang menciptakannya; bagaimana mungkin aku memintanya dari selain-Nya?!”
Pada suatu ketika, Hasan Bin Ali (cucu Rasullulah Saw) lewat di depan Thawus yang sedang mengisi Majlis Ilmu di suatu kelompok besar di dalam masjid’l-Haram. Ia langsung mendekati Thawus dan membisikkan kepadanya, “Jika pada saat ini anda merasa bangga dengan diri anda, segeralah bangkit dan tinggalkanlah tempat ini!” Mendengar itu, Thawus pun segera bangkit dan meninggalkan majlis itu.
Wuhaib bin Ward mengisahkan: “Pada suatu malam, aku sedang melakukan tawaf di sekeliling ka’bah, ketika tiba-tiba mendengar suara yang berasal dari balik tirai penutup Ka’abah : “Aku mengeluh kepadamu, wahai Jibril, dari ucapan-ucapan sia-sia dan pengunjingan kelompok-kelompok manusia yang bertawaf di sekelilingku. Jika mereka tidak mahu berhenti dari perbuatan mereka itu, aku benar-benar akan bergetar sekeras-kerasnya, sehingga batu-batu di sekitarku akan berguguran dan kembali ke tempat asalnya.”
Diriwayatkan oleh seorang dari kalangan orang-orang soleh, “Aku pernah melihat seorang laki-laki sedang melakukan tawaf dan sa’i dikelilingi beberapa pemuda yang mengawalnya dan mendorong-dorong orang –orang yang berada di sekelilingnya. Beberapa waktu setelah itu, aku melihatnya lagi di kota Baghdad, sebagai pengemis yang meminta-minta dari para pejalan. Maka aku pun bertanya kepadanya:”Mengapa keadaan anda seperti ini?” Katanya: “Dahulu aku telah berlaku sombong di suatu tempat yang seharusnya manusia bersikap rendah hati, maka Allah telah menghinakan diriku di tempat yang biasanya orang-orang berlaku sombong”.
Seorang lainnya dari mereka menceritakan pengalamannya: “Aku pernah melihat seorang fakir di dalam Masjid’l Haram, yang tampak jelas di wajahnya tanda-tanda kesalahan, sedang duduk di atas sejadahnya. Ketika itu aku kebetulan membawa sejumlah wang, yang segera aku letakkan di atas sejadahnya sebagai sedekah, seraya berkata kepadanya: “Semoga anda bisa menggunakan ini sekadar keperluan anda”.
Tetapi ia segera berkata-kata kepadaku: “Hai, sesungguhnya aku telah membeli tempat ini hanya demi Allah semata-mata, dengan harga beribu-ribu dan kini anda hendak mengusirku dari sini?’ Bersamaan dengan ucapannya itu, ia menepiskan sejadahnya dan segera bangkit dan pergi meninggalkan tempatnya. Sungguh, tidak pernah aku melihat seseorang sedemikian mulianya ketika ia beranjak pergi. Dan tidak pernah pula ada orang yang sedemikian hinanya lebih daripada diriku sendiri ketika berusaha memungut kembali wangku yang berhamburan.”
Ibrahim Bin Ad-han mengisahkan bahawa apda suatu malam fi musim penghujan, keadaan tempat bertawaf di sekitar Ka’bah sunyi sepi dari manusia. Aku pun bertawaf seraya berdoa : “Ya Allah, berikanlah aku ‘ishmah( penjagaan penuh dari Allah Swt) agar aku tidak lagi berbuat pelanggaran terhadap-Mu!” Tiba-tiba terdengar suara berseru: “Wahai Ibrahim! Engkau meminta ‘ishmah-Ku sementara hamba-hamba-Ku seluruhnya meminta hal yang sama. Padahal, jika aku memberikannya kepada kalian semua, siapa lagi Aku akan memberikan anugerah-Ku dan kepada siapa pula akan Ku-berikan ampunan-Ku?”.
Pada suatu hari, Al-Hasan sedang berwukuf di A’rafah, di tengah terik matahari yang menyengat, ketika seorang laki-laki berkata kepadanya, “Tidakkah sebaiknya anda beralih saja ke tempat yang teduh?”. Dengan terheran-heran Al- Hassan berkata, “Apakah aku kini sedang berada di bawah terik matahari? Sungguh aku teringat satu dosa yang pernah aku lakukan, sehingga aku tidak lagi merasa kan panasnya terik matahari!” padahal, waktu itu, pakaiannya telah basah kuyup kerana peluh yang seandainya diperas, nescaya akan mengalir. Sedangkan dosa yang ia maksud itu mungkin hanya merupakan selintas fikiran yang tercetus begitu saja, yang seandainya terjadi atas orang selainnya, tentu tidak dianggapnya sebagai dosa yang sekecil apa pun. Oleh sebab itu, perhatikanlah betapa besar penghormatan dan pengagungan mereka dari kalangan salaf itu terhadap Tuhan mereka dan betapa jauhnya mereka dari perbuatan maksiat kepada-Nya!
Telah disampaikan pula kepada kami, tentang seorang dari kalangan shalihin itu, yang memungut tujuh buah batu dari padang “Arafah, kemudian meminta kesaksian dari ketujuh batu itu, bahasanya ia benar-benar telah bersaksi dengan kesaksian bahawa ‘tiada tuhan selain Allah’, Pada malam harinya, ia bermimpi seolah-olah berdiri di hadapan Allah Swt. untuk dihisab. Lalu jatuhlah vonnnis atas dirinya agar ia dibawa keneraka. Namun didalam pelaksanaannya, setiap kali ia sampai di depan salah satu pintu dari ketujuh pintu neraka itu, datanglah sebuah batu menutupi rapat-rapat pintu itu. Ia pun menyedari sepenuhnya, bahawa batu-batu itulah yang telah pernah minta kesaksiannya atas tauhidnya kepada Allah swt. Kemudian datanglah syahadat La Iiaha IllaLLah yang membuat pintu syurga terbuka lebar untuknya.
Dikisahkan dari Ali bin Al-Muwaffaq, katanya: “Pada suatu malam setelah wukuf di Arafah, aku bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit, lalu yang satu berkata kepada temannya : “Tahukah betapa banyak orang yang telah melaksanakan ibadah haji pada tahun ini?”
“Tidak”, jawab temannya itu.
“Jumlah mereka enamratus ribu orang”.
“Lalu, tahukah berapa dari mereka yang diterima hajinya?”
“Tidak!”
“Hanya enam orang sahaja!”
Kata Ibnul-Muwaffaq selanjutnya, “Aku merasa amat sedih, dan bergumam dalam hatiku: “Di mana aku, di antara keenam orang itu?!” Namun pada malam menjelang Hari Raya Idul-Adh-ha aku bermimpi lagi, dan melihat kedua malaikat itu turun lagi. Salah satu dari keduanya bertanya kepada yang lain: “Tahukah bagaimana keputusan Tuhan kita?” “Tidak!” jawab temannya. “Sungguh Allah Swt. telah menetapkan, mengikutkan sebanyak seratus ribu orang kepada setiap orang dari keenam orang yang diterima hajinya (sehingga keseluruhan enam ratus ribu orang diterima haji mereka semuanya).” “Begitulah,” kata Ali ibn Al Muwaffaq selanjutnya, “Ketika aku terjaga, hatiku diliputi kegembiraan sedemikian rupa sehingga tak dapat kulukiskan dengan kata-kata. Dan beberapa tahun kemudian, aku berkesempatan lagi melaksanakan ibadah haji, lalu memikirkan tentang orang-orang yang tidak diterima hajinya. Maka aku pun berdoa, “Ya Allah, aku rela menghadiahkan pahala hajiku kepada siapa-siapa yang tidak Kau terima hajinya.” Pada malam itu, aku tidur dan bemimpi seakan-akan melihat Allah Swt berfirman kepadaku: ‘Hai Ali, adakah engkau hendak menjadikan dirimu lebih dermawan dari aku? Sedangkan Aku lah yang telah menciptakan para dermawan, dan Aku-lah yang paling berhak memberikan kemurahan kepada segenap penghuni alam semesta. Sungguh aku telah menyerahkan siapa-siapa yang tidak Ku-terima hajinya, kepada mereka yang Ku-terima (sehingga semua mereka diterima hajinya)!”
Demikianlah kisah-kisah dalam Penutup ini tidak terlepas kaitannya dengan wasiat-wasiat sebelumnya. Bahkan bagi seorang pembaca yang arif tentunya dapat lebih luas lagi menyimpulkan pelbagai aturan dan adab sopan santun darinya, yang kiranya patut diamalkan dalam pelbagai keadaan.
Demikian pula, di dalam membicarakan tentang kiprah para salaf dalam perjalanan hidup mereka, terdapat banyak sekali contoh da tauladan serta kepuasan tersendiri yanf dapat dirasakan oleh setiap orang yang bersuluk menuju akhirat. Sebab, mereka itu adalah sosok-sosok teladan yang patut diteladani. Disamping itu, seseorang hanya bisa menyedari tentang kekurangan-kekurangan dirinya sendiri ketika ia mengetahui tentang kesungguhan perjuangan para salaf itu dalam merintis perjalanan menuju keridhaan Allah Swt. diakhirat.
Adapun seorang yang hanya menyaksikan kiprah orang-orang pada zaman ini, yang lebih banyak diliputi berbagai kelalaian dan penyia-yiaan waktu mereka, sedikit sekali kemungkinannya untuk memperoleh pelajaran yang bermanfaat. Bahkan lebih buruk lagi mereka merasa berbangga diri atas perbuatan mereka, ataupun berperangsangka buruk terhadap para tokoh salaf itu. Kedua-dua sikap seperti itu pasti menimbulkan keburukan.
Kesimpulannya: orang yang berbahagia itu ialah yang mampu mengikuti teladan para pendahukunya yang baik-baik dan selalu menuntut dirinya sendiri agar menempuh jalan mereka yang lurus. Dang dengan ini pula, selesailah wasiat ini dengan mengucapkan syukur kepada Allah Swt. atas taufiq-Nya.
Bertakwa dan Berpegang Teguh Pada Al-Quran dan As-Sunnah
Ketahuilah bahawa wasiat yang paling bermanfaat dan paling mencakup semua aspek kehidupan dunia dan akhirat adalahw asiat Allah Swt. kepada kita, dan kepada orang-orang sebelum kita, sebagaimana tercantum dalam firman-Nya,
…..Sunguh kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi Al-Kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu: bertakwalah kepada Allah. (QS An-Nisa’[4]” 131). Demikian pula wasiat Rasullulah Saw. Kepada para sahabatny dan umatnya iaitu berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah.
Melaksanakan Empat Pokok Utama
Manakala hal-hal tersebut di atas telah anda ketahui, maka kini saya ingin mewasiatkan agar anda menjaga baik-baik dan melaksanakan empat dasar utama, termasuk hukum-hukumnya dan persyaratan-persyaratannya, sebab hal itu merupakan tumpuan dari segalanya, yang apabila sudah benar pada permulaannya akan membuahkan kebenaran juga pada akhirnya.
Pertama: Memelihara kewajiban-kewajiban, baik yang bersifat batiniah, seperti ikhlas, yakni pemusatan arah dan tujuan bagi Allah saja, Tuhan Yang Maha Esa Yang Tiada sekutu bagi-Nya, ataupun yang bersifat lahiriah, seperti shalat, yakni berdiri dengan khusyu’ mengadap Allah Swt. Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.
Kedua: Meninggalkan semua maksiat (pelanggaran) baik yang bersifat batiniah seperti mengikuti ajakan hawa nafsu ataupun yang bersifat lahiriahl seperti ikut berdesak-desakan bersama kebanyakan manusia zaman ini, dalam upaya memperebutkan bangkai dunia.
Ketiga : Tidak bersikap sangat menginginkan sesuatu atau menunjukkan kebutuhan kepada sesuatu selain kepada Allah Swt. saja, disamping tidak merendahkan diri di hadapan siapa pun selain di hadapan Allah Swt.
Keempat:bertawakal sepenuhnya dan hanya bergantung kepada Allah Swt. dalam setiap urusan, disamping merasa tercukupi oleh-Nya saja,seraya senantiasa ber-istighfar dab ber isti’anah (meminta pertolongan) kepada-Nya, baik secara terbuka (yakni ketika bersama orang lain) maupun tertutup (yakni ketika berada sendirian).
Perkukuhlah keempat pokok utama tersebut dalam diri anda, kemudina tambahkanlah lagi dengan empat hal lainnya:
Pertama: Kesungguhan dalam melakukan sesuatu, yakni berdaya upaya sejauh kemampuan demi mencapai kedekatan kepada (Allah Swt) Sang Kekasih.
Kedua: Ketulusan, yakni terpusatnya seluruh potensi batiniah dan lahiriah demi meraih sesuatu yang didambakan.
Ketiga:Kesabaran, yakni pemantapan diri untuk senantiasa bersungguh-sungguh dan bersikap tulus dalam menghadapi segala rintangan.
Keempat: Kekuatan dan ketinggian himmah (tekad), yakni tidak merasa puas selain dengan pengorbanan dan peluruhan diri secara tuntas dan sempurna dalam (mencari keridhaan) Allah Swt. seraya meniadakan keinginan atau kebutuhan apa pun kepada makhluk.
Dalam kaitannya dengan makna-makna di atas, alangkah indahnya ungkapan Asy-Syaikh Umar bin Al-faridh dalam syairnya:
Kuwakafkan baginya seluruh cinta dan pengorbananku
Walau takkan puas diriku sebelum benar-benar luruh di dalam dirinya
Pabila selain aku cukup puas dengan bayang-bayang khayalnya
Namun aku takkan puas bahkan dengan (hanya) berhubungan dengannya
Kemudian, sempurnakanlah keempat pokok utama di atas, dan lengkapilah dengan empat lainnya :
Pertama, membaca Al-Quran dengan sungguh-sungguh ber-tadabbur (merenungi maknanya).
Kedua, sering-sering berzikir kepada Allah dengan kehadiran hati.
Ketiga, berdiri dihadapan Allah (bertahajud) dalam kesunyian malam
Keempat, bersahabat dengan orang yang mampu menunjukkan bagimu jalan menuju Allah, atau membantumu dan menguatkan hatimu dalam melaksanakan bakti dan taat kepada-Nya.
Menghindari Persahabatan Dengan Orang-Orang yang Buruk Akhlaknya
Hendaklah anda menghindari persahabatan dengan orang yang dapat membuat anda menjauh dari Allah swt. Dan dari perbuatan ketaatan kepada-Nya. Atau yang mengajakmu melanggar perintah-Nya. Atau yang membuat anda lupa berzzikir (mengingat Allah dan mengucapkan nama-Nya), baik yang ia lakukan dengan ungkapan yang terang-terangan ataupun yang tersembunyi.
Menghindar dari ajakan yang melalui ucapan terang-terangan tentunya sudah jelas bagi anda. Sedangkan menghindar dari ajakan yang halus tersembunyi ialah dengan menyedari bahawa tidak sekali pun anda duduk-duduk bersama seseorang yang menyembunyikan di dalam hatinya niatan untuk meninggalkan pelbagai ketaatan kepada Allah, atau yang terus-menerus melakukan pelbagai pelanggaran terhadap perintah-perintah-Nya, kecuali akan mengalir pula dari hatinya ke dalam hati anda, suatu perasaan persetujuan – walau hanya sedikit – atas sikap dari perilakunya itu.
Maka hendaklah anda, pada zaman seperti sekarang ini, tidak memilih duduk berbincang-bincang bersama seseorang, kecuali jika anda merasa yakin dapat memperoleh menfaat darinya, di bidang agama anda. Misalnya, dengan duduk bersamanya, anda akan bertambah kesedaran akan pentingnya jalan yang anda tempuh atau anda bertambah semangat dalam upaya meraih idaman anda atau anda sendiri justeru dapat memberinya manfaat dalam agama0nya. Namun, semua itu tidak boleh dilakukan kecuali setelah anda benar-benar yakin akan keselamatan diri anda sendiri. Camkanlah baik-baik hal ini!
Berhati- hati dan Bersikap Waspada Dalam Pergaulan
Ada tiga motivasi yang dapat memaksa seorang murid (yakni yang hendak bersuluk atau menempuh ‘jalan akhirat’) di suatu saat, untuk bercampur gaul dengan sebahagian masyarakat.
Pertama, kerana memang diwajibkan (ataupun dianjurkan) oleh syariat, misalnya dalam kaitannya dengan anggota keluarga yang dekat.
Kedua, kerana memerlukan sesuatu dalam urusan agama maupun dunianya yang tidak dapat terpenuhi kecuali dengan bergaul dengan mereka.
Ketiga, adakalanya seorang murid merasa sumpek atau kesepian dalam kesendiriannya atau timbul perasaan jenuh yang menghinggapi hatinya setelah lama ber-tawajjuh(mengkonsentrasikan diri dalam beribadat). Perasaan seperti itu sudah merupakan bagian dari tabiat mnausia dan tidak mungkin terhapus atau hilang sama sekali kecuali dengan melakukan pergaulan dengan orang-orang tertentu. Dan yang demikian itu bahkan termasuk salah satu kiat untuk menenangkan jiwa atau menimbulkan kembali semangat yang sudah mulai pudar, sebagaimana diriwayatkan berkenaan dengan beberapa orang sahabat Nabi Saw.
Oleh sebab itu, seandainya anda pada suatu saat memang memerlukan hiburan atau penyegaran separti itu, hendaklah pertama-tama membaikkan niat anda, dan mencari tahu – atau paling sedikit,memperkirakan – akan keselamatan agama anda ketika bergaul dengan mereka itu. Selanjutnya, seandainya ada suatu pelanggaran (maksiat) yang dilakukan di hadapan anda, maka bertindaklah segera untuk melakukan teguran. Dan apabila teguran anda itu tidak didengarkan dan tidak pula dihiraukan, maka selamatkanlah dirimu dan larilah jauh-jauh demi menyelamatkan agamamu.
Berserah Diri Sepenuhnya Kepada Allah Swt.
Hendaklah anda senantiasa berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt., seraya meyakini bahwa tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan perkenan-Nya. Dan seandainya pada suatu saat anda merasa gelisah, atau sumpek, atau dada terasa sempit kerana diliputi kecemasan, maka perbanyakkanlah membaca:
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan perkenan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).
Itulah ubat penawar yang sangat bermanfaat dan sangat manjur bagi semua penyakit yang seperti itu.
Perbanyakkan pula doa yang diucapkan oleh Dzu’n-Nun (a.s) sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran:
(Tiada Tuhan melainkan Engkau;Maha Suci Engkau, sungguh aku [sebelum ini] termasuk orang-orang zalim)
Mencurigai Diri Sendiri dan Menuntutnya Agar menjadi Lebih Baik
Hendaklah anda selalu mencurigai diri anda sendiri (atau menujukan tuduhan kepadanya) di setiap saat, baik ia dalam keadaan pauh ataupun dalam keadaan menentang. Jangan sekali-kali merasakan kepuasan berkaitan dengannya sebab barang siapa puas dengan dirinya sendiri, akan menjerumuskannya ke dalam kebinasaan. Tuntutlah ia agar selalu tunduk patuh kepada Tuhannya, dan sadarkalah ia selalu akan pelbagai kekurangannya dalam menunaikan kewajipan terhadap-Nya, betapa pun anda merasa telah melakukan upaya maksimal ke arah itu. Sebab, sungguh amat besar hak Tuhanmu atasnya.
Mensyukuri Kurnia-kurnia Allah
Hendaklah anda selalu mengingat nikmat kurnia Allah- yang bersifat lahiriah maupun batiniah dan yang ebrkaitan dengan urusan agama maupun dunia- yang dilimpahkan kepada anda. Perbanyakkan syukurmu itu dalam setiap kesempatan dengan hatimu maupun melalui ucapanmu.
Ungkapan syukur dengan hatia adalah dengan menyedari bahawa setiap nikmat yang diperolehnya adalah dari Allah Swt. Dan bahwa kegembiraannya ketika menerima suatu kenikmatan adalah disebabkan hal itu merupakan salah satu wasilah (sarana) untuk pendekatan diri kepada-Nya.
Adapun ungkapan syukur melalui lisan adalah dengan memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah Swt., Sang Pelimpah kenikmatan. Sedangkan yang melalui anggota-anggota tubuh lainnya adalah dengan mengarahkan semua kenikmatan itu untuk dijadikan sarana mencari keredhaan Allah Swt., disamping menggunakannya sebagai alat bantu dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya.